Ini sebab “UTAMA” kenapa Najib Razak Mahu Digulingkan Rakyat Malaysia.. Berita negara luar yang tidak tunjuk di TV Malaysia!! Ada Videonya…

Loading...
Loading...

Komen tentang video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)

Terbongkar!! Rakyat Malaysia marah dan inilah Sebab UTAMA Kenapa Najib Razak Mahu Digulingkan Rakyat Malaysia.. Berita negara luar yang tidak tunjuk di TV Malaysia!! Anda boleh scroll ke bawah tonton video terus, untuk mengetahui info yang lebih lanjut dan lengkap.

Sedikit info mengenai berita di TV:

Penyiaran berita adalah media penyiaran pelbagai acara berita dan maklumat lain melalui televisyen, radio atau internet dalam bidang siaran kewartawanan. Kandungannya biasanya dihasilkan di dalam sebuah studio radio atau bilik berita studio televisyen, atau oleh rangkaian penyiaran.

Ia juga mungkin termasuk bahan tambahan seperti liputan sukan, ramalan cuaca, laporan lalu lintas, ulasan dan bahan lain yang dirasakan oleh penyiar adalah relevan kepada penonton mereka.

Program Berita Utama Berita televisyen merujuk kepada penyebaran peristiwa semasa melalui medium televisyen. Sebuah “buletin berita” atau “newscast” adalah program televisyen yang berlangsung dari saat hingga jam yang memberikan maklumat terkini tentang kejadian berita alam semesta, dunia, kebangsaan, serantau atau tempatan.

Berita televisyen sangat berasaskan imej, menunjukkan rakaman video banyak peristiwa yang dilaporkan; masih fotografi juga digunakan dalam melaporkan berita, walaupun tidak banyak dalam beberapa tahun kebelakangan ini seperti pada zaman awal televisyen siaran.

Info di atas adalah sekadar kongsi maklumat. Sekarang mari sama-sama kita tonton video di bawah. Ini Sebab UTAMA Kenapa Najib Razak Mahu Digulingkan Rakyat Malaysia.. Berita negara luar yang tidak tunjuk di TV Malaysia!!

Sila tonton video:

SUMBER
PANAS!! Sehari Sebelum PRU14, Bapa ALTANTUYA Menyampaian Masej Penting Kepada Mahathir

PRU14 | Kurang daripada 24 jam sebelum rakyat Malaysia mengundi esok, ayah kepada rakyat Mongolia Altantuya Shaariibuu menghubungi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan membawa pesanan untuk rakyat Malaysia.

Dalam pesanan ringkas untuk Pengerusi Pakatan Harapan, Dr Setev Shaariibuu berharap rakyat Malaysia akan mampu memperoleh kebebasan dan keadilan dalam pilihan raya umum (PRU) esok.

“Rakyat Malaysia, tolong ingat Altantuya dalam pilihan raya ini,” kata Setev.

“Jika rakyat Malaysia buat pilihan salah, anda semua mungkin akan kalah, seperti pembunuhan (Altantuya) ini, “tambahnya.

Setev turut mengepilkan gambarnya memegang bendera Malaysia, selain menandatangani pesanan tiga ayat itu.

“Dia (Altantuya) dibunuh 12 tahun lalu tapi belum ada penyelesaian dalam kesnya. Berapa lama kami harus tunggu.

“6 Mei merupakan hari kelahirannya. Dia kini berumur 40 sekiranya masih hidup hari ini.

“Memandangkan hari kelahirannya sama dengan tempoh kempen pilihan raya di Malaysia, saya ingin berpesan kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin – tolong jangan lupa Altantuya, undi dengan bijak,” katanya.

Pada 2 Mei laly, kerajaan memfailkan usul untuk meninggalkan rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan untuk mengembalikan semula kerajaan sebagai defendan dalam saman yang difailkan Setev dan keluarga mendiang Altantuya yang dibunuh pada 19 Oktober 2006.

Menurut peguam keluarga Altantuya, Sangeet Kaur Deo, keluarga itu perlu memfailkan afidavit untuk menjawab usul berkenaan sebelum 6 Jun.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Ogos tahun lalu membenarkan kerajaan membatalkan permohonan oleh keluarga Altantuya, dengan alasan “tiada sebab munasabah untuk tindakan”.

Bagaimanapun, tiga anggota mahkamah rayuan yang diketuai Hakim Mohd Zawawi Mohd Salleh sebulat suara menolak keputusan Mahkamah Tinggi dan membenarkan rayuan keluarga berkenaan.

Mereka memutuskan terdapat isu untuk perbicaraan dan kerajaan disebutkan semula sebagai defendam dalam saman RM100 juta itu.

Setev dan dua anak Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga memfailkan saman sivil berkenaan pada 2007.
“Bomoh, ahli sihir sentiasa ada di rumah” – Pendedahan Terbaru Anak Rosmah Ini Sangat Mengejutkan Seluruh Rakyat Malaysia!

 

Selepas tumbangnya kerajaan Barisan Nasional dan digantikan dengan Pakatan Harapan 9 Mei lalu, satu persatu berita keluar daripada mereka yang dah lama pendam rasa. Antara kenyataan yang paling berani ialah daripada Datuk Fazley dan isterinya, Azrene Ahmad!

Bagi yang masih tak tahu, isteri chef selebriti, Datuk Fazley merupakan anak kandung kepada isteri bekas PM ke-6 iaitu Rosmah Mansor. Menerusi posting Instagram semalam, Azrene telah meluahkan segala yang terbuku di hatinya dan ini yang kami dapat rangkumkan buat anda semua:

1. Azrene didera secara emosi, fizikal dan mental oleh Rosmah

Sumber: Instagram
“Hari ini menandakan berakhirnya era kezaliman yang ramai telah doakan. Saya dibesarkan oleh kedua-dua individu ini, menyayangi mereka dan menghormati mereka. Terdapat masa di mana saya sanggup berjalan di atas bara api dan pertahankan mereka.

“Semakin saya membesar, saya melihat sifat mementingkan diri dan keserakahan mereka. Saya mengalami penderaan emosi, fizikal dan mental secara langsung di tangan orang di sebelah kiri (Rosmah). Saya menyaksikan perkara yang sama dilakukannya ke atas orang di sebelah kanan (Najib),” katanya.

2. Saksi transaksi wang dari pegawai untuk urusan ‘backdoor’

Sumber: Instagram
Tidak cukup dengan tu, Azrene jugak pernah lihat Najib buat ‘perjanjian sulit’ dengan pegawai kerajaan demi kepentingan mereka sendiri.

“Saya menyaksikan tawaran sampingan yang dibuat secara rahsia oleh orang di sebelah kanan (Najib). Jumlah wang dalam beg bimbit dibelanjakan seperti air bukan untuk kepentingan rakyat tetapi dibelanjakan untuk barang kemas, penyuapan pegawai dan digunakan untuk mendapatkan lebih banyak kuasa.”

3. Rosmah dan Najib guna dukun dan bomoh untuk kekal berkuasa

Sumber: Blog
“Bomoh, ahli sihir, doktor estetik dan sebagainya sentiasa berada di rumah saya atas sebab yang berlainan tetapi kebanyakannya untuk mendapatkan kekuasaan ke atas rakan dan ahli keluarga mereka, bahkan untuk membahayakan mereka yang berani untuk jatuhkan mereka.

“Banyak akaun luar negara dibuka untuk salurkan wang ke luar negara demi perbelanjaan peribadi mereka. Peti besi penuh dengan barang kemas, batu permata dan wang tunai yang dipungut. Mereka bawa wang tunai dan kalung kristal secara senyap-senyap ke dalam dan luar negara,” katanya.

4. Najib dan Rosmah nak ‘jual’ Azrene kepada pemimpin berpengaruh

Sumber: Instagram
“Mereka cuba jual saya berkali-kali untuk berkahwin dengan pembida tertinggi, bahkan orang yang mempunyai kedudukan tertinggi yang akan bantu mereka peroleh kelebihan politik dan sosial. Keserakahan, keseronokan dan kebanggaan yang tumbuh dalam setiap langkah semakin dekatkan mereka kepada kedudukan atas.

“Saya tak dapat halang kerakusan mereka namun saya tetap bersama mereka atas dasar kesetiaan. Apabila saya mula jadi mangsa kerakusan dan terlalu berat untuk dipikul, saya memutuskan untuk pergi. Oleh itu, saya dibuang daripada keluarga malang ini,” kata Azrene penuh emosi.

5. Azrene kahwin Datuk Fazley dan lebih banyak dugaan menimpa

Sumber: Twitter
“Hari saya meninggalkan rumah, saya beri amaran kepada kamu (Rosmah), individu yang terpilih untuk berkhidmat adalah atas kehendak rakyat. Mereka perlu berkhidmat kepada rakyat dan bukan sebaliknya.”

Akan tiba satu hari nanti orang menghukum kamu di atas segala kesalahan yang telah dilakukan terhadap mereka. Akan tiba juga masa Tuhan akan menghukum kamu atas keingkaran yang dilakukan,” katanya lagi.

6. ‘Semoga Tuhan memberi belas kasihan ke atas hati hitam kamu!’

Sumber: Blog
“Hari ini saya ingin berikan sedikit mesej kepada kamu berdua, adik beradik sedarah yang terlibat dalam skandal ini. Kepada sesiapa yang berkolaborasi dalam konspirasi sehingga sanggup gadai nyawa orang tak bersalah hanya kerana wang tunai, Tuhan telah memakbulkan doa rakyat dan keluarga saya! Akhirnya kamu telah dibuang keluar!

“Sebagai salah seorang darah daging dalam keluarga ini, saya harap kamu belajar dari pengalaman ini dan bertaubatlah dan kembali ke jalan yang benar. Semoga Allah memberi belas kasihan ke atas hati hitam kamu. Hanya dia Maha Mengetahui dan Maha Pengampun!” kata Azrene mengakhiri statusnya.

Dalam masa yang sama Datuk Fazley jugak buat pendedahan yang sama dan korang boleh ikuti tweet di bawah:

Sungguhpun ramai netizen yang mengutuk tindakan Azrene buka cerita buruk pasal emaknya sendiri, ramai jugak yang setuju bahawa Azrene kini ada hak untuk bersuara dan ceritakan hal sebenarnya sebab dah terlalu lama perkara ni terbuku dalam hati.

Apa-apapun kami harap kalau betullah apa yang dikatakan Azrene dan Fazley mengenai pihak ‘di sana’, moga-moga mereka ni bertaubat dan mengakui kesalahan yang dah mereka lakukan. Semoga ada sinar untuk anak beranak ni berbaik-baik semula di masa hadapan.

Terkejut baca pendedahan panas macam ni di pagi hari!

sumber: /lobakmerah.com via Media2060